Kemahiran Analisa Teknikal Labur Saham Super Trader

Kursus pendek bersijil melalui video hampir 10 jam ini memberikan pendidikan komprehensif analisa teknikal dan pasaran saham. Analisis saham terbahagi kepada dua aspek utama iaitu analisis fundamental dan teknikal. Kedua-dua aspek ini mempunyai perspektif berbeza untuk membantu kita buat keputusan pelaburan.

Analisis fundamental ialah satu disiplin ilmu untuk mengkaji nilai sebenar atau nilai wajar (fair value) suatu saham. Dalam analisis untuk pembelian saham, ia digunakan untuk mencari saham yang berada di bawah nilai sebenar pasaran. Kaedah ini melibatkan kajian segala faktor yang boleh menyumbang kepada nilai saham seperti situasi ekonomi, pihak pengurusan syarikat, kedudukan kewangan, ratio kewangan dan sebagainya. Analisis Teknikal pula ialah satu disiplin ilmu untuk mengkaji pergerakan carta saham untuk menjangka pergerakan saham ke hadapan. Kaedah ini menumpukan perhatian kepada sejarah pergerakan saham dengan mengambil kira harga dan jumlah transaksi. Berdasarkan carta saham, kawasan support dan resistance boleh dikenal pasti untuk dijadikan sebagai isyarat untuk titik masuk atau titik keluar pegangan saham.

Dalam kursus ini, anda akan dirungkaikan segala ilmu yang berkaitan dengan analisis fundamental dan analisis teknikal secara terperinci, padat dan menyeluruh. Kursus ini dibentangkan oleh Coach Izrul Zainal Abidin, Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

KANDUNGAN KURSUS
1. Pasaran Saham
2. Pelaburan Saham
3. Setup Platform Mplus
4. Keuntungan dalam Saham
5. Analisis Fundamental
6. Teknikal Analisis
7. Pemilihan Kaunter
8. Intraday
9. Live Trade and Case Study

Di akhir kursus ini, anda akan berpeluang mendapatkan sijil pencapaian dengan syarat menghabiskan kursus yang terdiri dari video dan nota melebihi 70 % dari semua kandungannya.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Price:
RM899 RM499