Kursus pendek secara rakaman bersijil berdurasi 2 jam ini akan membincangkan mengenai pelaburan emas. Dewasa ini, pelaburan emas semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pelaburan emas perlu mendapat bimbingan agar tidak terbabas daripada landasan syariah.
Webinar dimulakan dengan pengenalan emas oleh fasilitator. Kemudiannya, penerangan hukum hakam mengenai pelaburan emas diterangkan oleh penceramah.
Kursus 2 jam ini akan memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai emas serta pelaburan yang mematuhi prinsip syariah.
Penceramah adalah Ustaz Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM).
Curriculum:
1. Pengenalan Emas
2. Hukum Hakam Pelaburan Emas
Setelah menyelesaikan topik ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Memahami dan mengenali apa itu emas.
2. Memahami hukum hakam berkaitan emas.
Kursus ini sesuai untuk:
1. Pensyarah
2. Pelajar
3. Orang awam
Nota mengenai pelaburan emas